Monday 10 September 2012

ISU PEMBANGUNAN KAMPONG



ISU PINTU PADANG YANG BELUM DISELESAIKAN:-
1. Pemberian tanah tapak rumah -geran ada, hasil bayar, tanahnya takde! lebih 20 orang terlibat, Pejabat Tanah Raub belum selesaikan. Biro Pengaduan Awam JPM dah siasat, tapi PTG Raub bagi pelbagai alasan.
2. Pencemaran alam sekitar berpunca saliran air sisa buangan dari Sek Menengah Sains Raub, perumahan disalur ke sawah tinggal dan bila hujan lebat air busuk ni melimpah, dan jangka panjangnya tanah sawah x subur.. sisitem perparitan JPS dan Majlis Daerah Raub x serius untuk selesaikan.!!
3. Simpang tiga masuk ke pintu padang -depan Sek Men.Sains raub, selalu accident, telah adu kpd JKR dan BPA JPM Putrajaya supaya buat trafic light, masih pending!!
4. Isu kereta terlalu laju di jalan kampung .pintu padang, cadang supaya JKR buat bumper getah kuning, dan banyak berlaku accident.... aduan dah hantar ke Biro Pengaduan Awam JPM, tapi JKR Raub hanya jawab jalan akan dinaik taraf, nak tunggu jalan siap naik
taraf tunggulah 5 tahun lagi, orang ramai dah mati,,,kenapa susah sangat nak buat bumper kuning tu???
5. jalan parit bertar ke dalam kg, banyak rosak, tebing nak runtuh, dah adu, tapi Pejabat daerah Raub buat diamje..JKKK apatah lagi...
6. Jambatan rosak ke kebun getah tak dibaiki.
7. Jalan parit sempit untuk laluan kenderaan- perlu dilebarkan atau ada ruang untuk selisih...JKKK xsusul dengan PTG Raub.
8. Isu keselamatan kampong-sellalu berlaku kecurian dan pecah rumah.
9. JKKK Pintu Padang lemah....mati segan hidupxmau!!
10. Tiada liputan internert- wi free luar bandar yang diwar warkan,,,bukan untuk pintu padang..

JAMUAN AIDIL FITRI MASJID PINTU PADANG


Tuan Hj Noh Pengerusi J/Kuasa Masjid mengalukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis.09 Sept 2012, Masjid Pintu Padang telah menganjurkan Majlis Jamuan Aidil Fitri. Ianya telah dihadiri lebih kurang 1,000 orang termasuk Ahli Parlimen Raub,YB Dato Dr.Ng Yen Yen. Pengerusi masjid Tn Hj Noh bersama AJKnya telah menyampaikan sumbangan duit hari raya kepada anak-anak yatim. YB Dato Ng Yen Yen turut menghulurkan sumbangan. majlis ini berjaya memupuk semangat kekeluargaan dan semangat bergotong royong dikalangan penduduk. kita berharap masjid pintu padang pada masa-masa akan datang terus aktif menganjurkan aktiviti kemasyarakatan di kampong ini.


Thursday 6 September 2012

Post dari fb yang boleh kita kongsi bersama

Jalan kg rosak, bahaya.
Keluarga Tengku Fazlina (Anak cucu arwah Pak Cik Engku)


Cicit Arwah Pak Teh Mat Zin....nak beraya kemana weh!!! kalau xde budak budak ni lenganglah kampong dihilir.

PENGUMUMAN AKTIVITI KAMPONG

Dijemput semua warga anak-waris Pintu Padang ke Majlis Jamuan Aidil Fitri anjuran Masjid Kg.Pintu Padang pada 09hb Sept 2012 (Ahad) mulai jam 2.00ptg hingga 05 petang.

Anak -Waris Pintu Padang




Assalamualaikum wrmhwbktuh,,,,

Selamat Datang Ke Pintu Padang!!


Wednesday 5 September 2012

Selamat Datang ke Pintu Padang fb Group Bloger!!


Editor

Bloger ini diterbitkan bertujuan untuk memaparkan post message dan gambar-gambar  fb friends Pintu Padang serta komunitinya  disamping itu untuk berkongsi cerita tentang kampong kita serta isu-isu pembangunan kampong. Ianya juga akan memaparkan aktiviti keluarga dan masyarakat kampong amnya.

Dalam pada itu terdapat ramai juga fb friends yang t yang menetap di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ampang, Puchong Selangor, Pulau Pinang serta lain-lain negeri  dan mereka aktif 'update post message' dalam fb pintu padang. Bloger ini dari masa ke semasa akan memilih dan menyusun semula 'message' yang terpilih  untuk  kita  renungi dan kongsi bersama serta  memberi komen-komen yang bernas demi pembangunan sosio ekonomi kampong serta  mengeratkan hubungan silatulrahim antara sanak saudara serta waris-waris Pintu Padang. Akhir kata saya amat berharap anda juga dapat  memberikan komen diruangan 'add coments" atau memberikan idea serta pandangan secara 'post message melalui fb anda dan saya akan copy ke ruangan bloger ini. Insyaallah.